Berkat tanam pucuk ubi zaman sekolah dahulu hasilnya sampai sekarang dapat dipetik. Tak banyak cuma sepokok. Bila wekend je kalau tak ke mana maka akak petik pucuk ubi. Rebus aje pun pucuk ubi itu. Sabtu begini kalau boleh nak pergi supermarket bila stok bahan basah tapi bila sis fikir yang tak ada cuma stok ayam adik dengan serbuk kunyit. Nanti kalau sis start kereta beli pergi supermarket takut perabih duit pada benda lain. Kita memang terpaksa paksa diri untuk duduk diam dari asyik berbelanja. Tapi kita memang tak berdaya nak sampai zero kos. Baru khamis lepas sis ke pasar malam dengan tujuan nak beli buah sahaja okey. Dan sis terbeli itu ini.
Dari kos beli buah lai RM5 sis dah terbeli ini
Ais krim untie yang dari kecik meniaga kat situ super mantap dua cup besar satu cup kecik RM6.40
Teh ais viral cincang dua cawan RM6
Yong tau fu untuk angah dan makcik RM10 (seplastik RM5)
Buah cempedak goreng diluar pagar RM3 sebab dok ke hulur hilir pasar
Bihun sup untuk aku RM4
Ayam uncle bob RM1.50 lima keping RM7.50
Cer korang bayangkan hujung bulan begini sis cuma ke pasar tapi banyak sangat item viral. Itu belum sis nak terbeli udang viral. Jadi sebab dah betul hujung bulan sis tak nak terbeli apa-apa di pasar raya. Sis sanggup pergi kedai aceh beli ayam dan serbuk kunyit.
Inilah hasil sis masak. Sis pun dah dua minggu berturut beli durian tu yang menu ada durian yang belum pun jadi tempoyak sis lenyek aje. Kakak sulung sis memang dah offer durian dan tempoyak. Sis esok ke lusa ada stok durian lagi. Nasi goreng daging semalam yang angah sis belikan tak makan sis panaskan. Ikan sardin goreng tu balance yang ada dalam peti ais. Stok udang sis pun still ade balance. Sis memang amalkan jimat cermat cuma kadang sis bersusah payah nak cuba berjimat. Korang cubalah cara sis.








