Saturday, 28 July 2018

Pucuk ubi rebus cicah tempoyak cili padi tumbuk

Berkat tanam pucuk ubi zaman sekolah dahulu hasilnya sampai sekarang dapat dipetik. Tak banyak cuma sepokok. Bila wekend je kalau tak ke mana maka akak petik pucuk ubi. Rebus aje pun pucuk ubi itu. Sabtu begini kalau boleh nak pergi supermarket bila stok bahan basah tapi bila sis fikir yang tak ada cuma stok ayam adik dengan serbuk kunyit. Nanti kalau sis start kereta beli pergi supermarket takut perabih duit pada benda lain. Kita memang terpaksa paksa diri untuk duduk diam dari asyik berbelanja. Tapi kita memang tak berdaya nak sampai zero kos. Baru khamis lepas sis ke pasar malam dengan tujuan nak beli buah sahaja okey. Dan sis terbeli itu ini.
Dari kos beli buah lai RM5 sis dah terbeli ini
Ais krim untie yang dari kecik meniaga kat situ super mantap dua cup besar satu cup kecik RM6.40
Teh ais viral cincang dua cawan RM6
Yong tau fu untuk angah dan makcik RM10 (seplastik RM5)
Buah cempedak goreng diluar pagar RM3 sebab dok ke hulur hilir pasar
Bihun sup untuk aku RM4
Ayam uncle bob RM1.50 lima keping RM7.50

Cer korang bayangkan hujung bulan begini sis cuma ke pasar tapi banyak sangat item viral. Itu belum sis nak terbeli udang viral. Jadi sebab dah betul hujung bulan sis tak nak terbeli apa-apa di pasar raya. Sis sanggup pergi kedai aceh beli ayam dan serbuk kunyit.
Inilah hasil sis masak. Sis pun dah dua minggu berturut beli durian tu yang menu ada durian yang belum pun jadi tempoyak sis lenyek aje. Kakak sulung sis memang dah offer durian dan tempoyak. Sis esok ke lusa ada stok durian lagi. Nasi goreng daging semalam yang angah sis belikan tak makan sis panaskan. Ikan sardin goreng tu balance yang ada dalam peti ais. Stok udang sis pun still ade balance. Sis memang amalkan jimat cermat cuma kadang sis bersusah payah nak cuba berjimat. Korang cubalah cara sis.


Wednesday, 25 July 2018

Basmi tikus di rumah

Tikus bukanlah haiwan peliharaan kome oi. Rumah sis belakang kedai tu yang tikus banyak benor dah sampai tahap almari semua rosak di gigitnya. Pernahlah diorang boleh berlumba kat ruang tamu macam diorang fefiling anak kucing. Sis nekad biar bazir duit jangan kesihatan tak baik. Persekitaran kena ambil port.

Semua ni ada jual kat eco RM2 satu. SILA BELI TUAN PUAN.

Monday, 23 July 2018

Tip simpan duit dalam tabung

Sis tak pandai tapi bolehlah menabung dalam tabung di beberapa tempat yang sis khaskan. Kalaupun sikit dan hasilnya tak banyak mana tapi ini hasil usaha korang sendiri agar poket tak kering dan perut tak lapar.



Tip simpan duit dalam laci office
Pertama sis sejenis yang simpan duit dalam laci office. Sis macam korang juga bekerja di office. Selain stok biskut, megi, gula-gula dan roti sis ada buat satu peruntukan tabung duit. Duit dalam tu tak banyak mana cukup untuk emergency terlupa bawa duit belanja, tertinggal wallet, tetiba kena donate dan seumpamanya. Sis sejenis pemalu nak pinjam duit orang rasa bersalah sangat, dengan cara macam ni poket sis tak kering dan perut sis tak lapar.

Tip simpan duit syiling yang bertabur kat rumah
Tip kedua hokey, ye rumah sis tak ramai orang tapi still kekadang sapu rumah terjumpa seposen, dua posen jadi sis sedia satu tabung kaca depan cermin if terjumpa duit syiling sis letak situ. Tak banyak pun tapi lepaslah kalau tetiba anak buah sis nak beli gula-gula.

Tip simpan duit syiling kepunyaan sendiri
Haha tip ketiga sis ni duit syiling sis sendiri, sis letak depan meja solek kalau ingat sis topup kalau tak statik. Nama pun sendiri punya, duit ni memang lepaslah kalau anak buah sis melalak nak beli ais krim, tetiba nak beli sir batu, bawang habis jadi tak payahlah nak guna duit dalam wallet. 

Tip simpan duit tabung kecemasan di rumah
Ok ini sis praktikkan tabung kecemasan. Ada duit seringgit dua ringgit sis masuk tabung untuk kecemasan sis juga. Tabung ni bersifat paksaan di mana kadar terpaksa mana pun tak boleh guna. Tapi tetap sis terpaksa guna juga. Lebih kepada terpaksa simpan sebenarnya. Korang pun kena terpaksa juga demi mass depan. 

Ok tak tip simpan duit sis, ada banyak sebenarnya cara kita praktik jimat dan menyimpan. Kena ada usaha lebih dan kurangkan hutang. Sis memang minta korang hadam bahawa orang tua sentiasa kita dahulukan, ansuran kereta jangan sekali tinggal dan bayarlah bil api. Kenapa sis tak sebut bil air hehe sebab bil air sis RM20 tak sampai tapi bil api jaranglah kurang dsri RM200. Nampak tak perbezaan ketara. Elaklan personal loan atau guna credit card. Takut korang tak boleh bajet duit gaji nanti. Tak apa pelan - pelan plan. Memang tak mudah tapi cubalah untuk memudahkan. Sis tak ada banyak tabung tapi tip tabung depan cermin dan meja solek ni makcik sis yang ajar dan makcik sis punya komited sampai boleh simpan dalam tin air gas tu okey. Sampai beribu-ribu punyalah bijaksana. Jangan pandang rendah kuasa duit syiling. Tip sis bolehlah korang guna pakai supaya tak kering hujung bulan dan sentiasa rasa ada duit kat tangan. Tryla korang cuma sis minat travel tu dok perabih duit jongket. Jimat cermat sebab simpan duit nak travel.
Ingatlah orang tua maka Allah swt permudahkan perjalanan hidup kita.



Saturday, 21 July 2018

Tip jimat buat karipap sendiri

Sis rasa semua orang pun suka karipap untuk isi perut pagi hari mahupun petang ke malam. Sekarang karipap pun mahal dah lima posen seketoi. Sis buat percubaan gelek karipap guna resepi uli doh kak wonda munah. Siapa kak wonda munah kome boleh searching kat google. Sis buat untuk diri sendiri aje memandangkan hari sabtu sis cuti dari mengoloh aje baik petang sabtu sis berbakti pada diri sendiri. Dah tentu apa yang kita masak kebersihan terjaga. Dah tentu hasil titik peluh rezeki halal kan, bukan curi tepung, planta dan sat ni ker. Biar kita jimat cermat dari tak ukur baju kat badan sendiri. 
Mesti korang terfikir macam mana semua bahan ni ada kat rumah sis sejelepok. Hokey sardin tin kecik tu sis beli sebelum bulan puasa lagi rasanya. Untuk stok kala sendu. Tepung gandum lagi lama kot sis beli last buat kodok pisang. Planta dengan roti tu sis beli stok makan balik keje sebenarnya berlebih pulak roti. Sebabnya untuk stok makan kala balik koje ni ada banyak choice sama ada biskut hup seng, biskut hap seng bergula dan roti sapu planta. Kadang kakak or makcik sis ada je benda kasi makan. Sis sapu aje. Dengan niat buat karipap ni untuk stok makan kala perut lapar maka dapatlah sis frozenkan sikit.
Tip nak hidup berkat ni sebenarnya berbalik kepada pintu rezeki. Bersyukur dengan rezeki Allah swt beri. Paling utama waktu gaji jangan sesekali lupa orang tua. Sekarang dah moden transfer online aje. Disitulah keberkatan rezeki kita. Sis pesan korang jangan tangguh bayaran kereta, ptptn mahupun bil letrik. Bayarlah korang walaupun nanti balance gaji akan ciput. Tak apa pelan-pelan dari korang jatuh terjelepok. Buatla macam sis, selalulah berjimat cermat.

Saturday, 14 July 2018

Sertai sushivid dan buat duit

Apa itu sushividSushivid adalah satu platform campaign iklan brand yang biasa kita dengar. Korang boleh mendaftar sebagai influencer jika penuhi salah satu syarat sebagai influencer sushivid. Syaratnya
1000 follower FACEBOOK
Mesti korang usahakan untuk ada 1000 follower facebook
2000 follower instagram
Boleh korang cuba usahakan. Korang setting jangan private mesti ramai follower nanti
1000 follower twitter
Jomlah kita main tweet tweet
250 youtube subsricbe
Ini memang jenuh, siapalah yang nak subsricbe youtube kita
Pv 2000 untuk blog
Boleh try

Kalau salah satu pun dah memenuhi dah melayakkan korang join sushivid. Untuk join perlulah korang guna referrel dari rakan untuk melayakkan korang dapat point. Referrel sis https://go.sushivid.com/4495/auth_accounts. Kalau tak join tak ada dapat point. Jomlah join banyak kempen berbayar adik-adik.

Jadi boleh cuba tau. Sis pun baru cuba cuba.

Wednesday, 11 July 2018

Tip jimat tanam sayur sendiri macam pucuk ubi

Pucuk ubi atau daun singkong adalah sejenis tumbuhan yang mudah untuk anda tanam jika berumah di atas tanah. Sis ada sebatang pokok ubi kayu yang dan berpuluh tahun tapi hasilnya memang banyak cukup untuk masak selalu sebab dahannya banyak mencapah. Jadi sis memang jarangkan diri beli sayur, sesekali sis beli juga sayur boleh kata sis memang selalu masak pucuk ubi rebus, buat gulai lemak mahupun masak dalam sambal ikan bilis. Bagi sis itu dah cukup. Sekarang kakak sis pun selalu petik pucuk ubi buat pecal, sis pulak memang suka buat sayur singkong masak teri medan ala tu bahasa indonesia in malay gulai lemak pucuk ubi ikan bilis. 
Sepokok ubi kayu sis ini sis tanam tau sejak zaman sekolah. Selalu emak sedara sis petik pucuk ubi buat rebus ulam cicah sambal belacan. Kalau kita tanam pucuk ubi sebenarnya rezeki sayur tak putus cepat aje tumbuh pucuknya. Selain pokok ubi kayu sis ada pokok pisang berangan yang sis tanam sejak dulu. Memang setahun sis tuai pisang mau 5 kali cuma dua tiga pokok. Sis dalam pemerhatian nak tinggalkan sepokok je pokok pisang sebab nak kasi space tanam sepokok lagi pucuk ubi. Sebab sekarang memang sis, kakak sis dan makcik sis tumpu pada pucuk ubi dah jarang keluar kos beli sayur. Sis pun rancang nak tanam sayur bayam katanya mudah tumbuh insyaAllah dalam perancangan sis. Sis tak kedekut, sis berjimat.
Ini dia pucuk ubi tanam sendiri. Walah sedap bersama sambal belacan tiap hari takat petik untuk celur sikitmemang ada je pucuknya. Korang kena rajin juga tanam sayuran, mudahkan kita ada lauk. Doakan kebun sis berjaya walaupun sayuran mudah ditanam sahaja. Lagipun kalau tetiba saudara mara sis datang diorang petik pucuk ubi sis wat ulam makan ramai ramai memang syokla.
Pucuk ubi banyak khasiat.


Monday, 9 July 2018

Tip sarapan jimat duit dari sis di tempat kerja

Assalamualaikum,

Korang tahu tak bagaimana nak kurangkan kos sarapan pagi di tempat kerja. Ya tempat kerja.
Setiap hari di office datang kerja bancuhlah secawan kopi or nescafe. Selalunya company besar akan sediakan pantri untuk bancuh air dan biskut untuk alas perut. Jadi kamu bolehlah minum dan alas perut dengan secawan kopi dan beberapa keping biskut.
Sekali sekala jangan berjimat sangat belilah kuih untuk diri sendiri. Sis tak bancuh nescafe kat office, sis kurangkan gula dalam minuman okey tapi biskuy semua sis makan aje berkali kali sebab company sis tak lokek biskut semua sedap dengan syarat boleh makan kat office aje jangan pulak bawa balik.
Ok tak tip jimat sarapan sis, korang jangan berlapar pulak sementara nak tunggu lunch. Kalau company korang kedekut mintalah peruntukan peti cash untuk pantri bukanlah banyak mana duit pun.

Sunday, 8 July 2018

Tip jimat minyak kereta myvi dari sis

Assalamualaikum,

Siapa pandu myvi angkat tangan? Siapa beli myvi angkat tangan ? Siapa drive kereta myvi ke tempat kerja angkat tangan? Hehe intro.
Sis ada sedikit pemerhatian sejak sis beli myvi lima tahun lepas cuma sekarang sis ambil berat mengenai kilometer minyak yang tertera dekat dashboard stering tu. Itupun bila sis dengar tip jimat minyak kat hot fm. Oklah kalau korang biasa bawa myvi, korang boleh perasan isian minyak akan tertera berapa kilometer pemanduan. Contohnya kalau isi RM50 waktu sebelum isi tertera 94 kilometer lagi then isi bertambah kepada 309 kilometer maknanya korang perasan wujud bacaan kilometer di depan stering. Tempat kerja sis taklah jauh sangat selalu kiraan kilometer turun minyak dalam 35 kilometer pergi balik. Untuk seminggu sis guna minyak ke tempat kerja 5 hari dan selalunya lunch hour sis keluar dekat dekat saja untuk makan sekitar 10 kilometer pergi balik makan kegunaan minyak petrol sis ke tempat kerja seminggu adalah seperti dibawah:


@5 hari X 35 = 175 kilometer ulang alik dari rumah ke tempat kerja
@5 hari X 10 = 50 kilometer untuk lunch

So total pergi balik kerja dan lunch hour 225 kilometer kos dalam RM 35 hingga RM40 seminggu. Jadi campur sis balik beli baranglah, singgah market atau menjongket makan RM50 adalah cukup cukup seminggu maka sis ambil satu jalan berjimat iaitu tidak menggunakan pendingin hawa untuk perjalanan pergi dan balik kerja. Dalam permerhatian sis terdapat pengurangan dari jumlah 35 kilometer sehari ke angka 29 kilometer kalau sis tak gunakan air con. So sis jimat sehari 6 kilometer minyak petrol makan seminggu cer kome darab 5 hari jimat 30 kilometer bersamaan sehari bekerja. Korang rasa jimat tak minyak maka betullah tip jimat minyak kat hot fm kata kalau tak guna pendingin hawa kita dapat jimat 20%  (peratus) minyak untuk satu jangkamasa. Jadi terhasillah tip jimat minyak sis cuma waktu lunch hour tak dapatlah sis tutup air con time matahari terik jadi tip untuk lunch hour adalah berkongsi kereta dengan opissmate dimana gilir-gilir bawa kereta memasing so selalu seminggu sis cuma bawa kereta dua kali sahaja waktu lunch hour. Muafakat bersama rakan sekerja. Bila ini semua berlaku minyak kereta sis dari seminggu boleh bertahan ke 10 hari. Tapi kalau kita memang perlu banyak memandu maka banyaklah kos minyaknya. 
Sis pesan taknyahlah kita nak tiru orang sangat, pergi balik cuma kita pandu seorang tak adalah panas mana bukalah tingkap sikit jangan besar sangat cukup sekadar angin masuk jangan luas sampai tangan orang boleh masuk sebab keselamatan diri adalah utama. Sis ulang utama. Kalau korang ada kawan kerja setempat lagi baik boleh share kereta dan juga minyak kereta. Taklah tertakluk kepada pengguna myvi tapi semua pengguna kenderaan. Motosikal dah memang jimat. Beruntunglah kita yang punya kereta dengan cermat.
Lain masa lain tip sis kaji dulu. Ini pemerhatian sis yang cuma guna myvi dan dengar hot fm. Minyak mahal sekarang RM2.20 seliter jadi marilah berjimat minyak, doakan sis murah rezeki dan semoga tip minyak minyak ini berguna buat korang yang suka saving dan berjimat cermat.

Sis dengan tip berjimat pada zaman peralihan Dato Najib ke zaman Tun Mahathir

Assalamualaikum,

Sis sebenarnya rasa kecewa dengan blogspot scene sis punya website www.sweetazura.blogspot.com tak boleh bukak. Sis pening tau sebab sis sayang blog sendiri. Entahlah sis pun dalam usaha nak dapatkan blog sis balik untuk dibuka.
Tip ni sis sebanarnya mula praktikkan. Sis sendiri adalah pembaca ilmu tip berjimat di internet. Sis bukan gaji besar mana memang sebagai ketua rumah (sis duduk dengan adik lelaki di rumah keluarga, yang lain semua dah kawen dan orang tua sis dah pindah ke kampung). Sis belajar untuk berjimat di masa yang sama sis still boleh makan sedap, beli barang yang best, bercuti dengan kawan kawan dan sentiasa pegang duit di tangan.
Sis dah cuba banyak cara tapi memang sis bukanlah hati kental dalam saving. Sis jenis boros juga jadi mulai sekarang sis nak kongsi tip sis saving duit gaji untuk diagihkan dalam setiap bentuk tanpa kurang dalam bayaran ansuran kereta, bahagian bulanan buat abah di kampung, duit minyak pergi balik kerja, lunch di kedai sewaktu bekerja, bil air dan api tiap bulan, belanja dapur setiap bulan, topup internet dan semestinya saving bulanan.
Ini cara sis, cara yang sis boleh dan mampu buat. Sharing is caring.