Sunday, 8 July 2018

Tip jimat minyak kereta myvi dari sis

Assalamualaikum,

Siapa pandu myvi angkat tangan? Siapa beli myvi angkat tangan ? Siapa drive kereta myvi ke tempat kerja angkat tangan? Hehe intro.
Sis ada sedikit pemerhatian sejak sis beli myvi lima tahun lepas cuma sekarang sis ambil berat mengenai kilometer minyak yang tertera dekat dashboard stering tu. Itupun bila sis dengar tip jimat minyak kat hot fm. Oklah kalau korang biasa bawa myvi, korang boleh perasan isian minyak akan tertera berapa kilometer pemanduan. Contohnya kalau isi RM50 waktu sebelum isi tertera 94 kilometer lagi then isi bertambah kepada 309 kilometer maknanya korang perasan wujud bacaan kilometer di depan stering. Tempat kerja sis taklah jauh sangat selalu kiraan kilometer turun minyak dalam 35 kilometer pergi balik. Untuk seminggu sis guna minyak ke tempat kerja 5 hari dan selalunya lunch hour sis keluar dekat dekat saja untuk makan sekitar 10 kilometer pergi balik makan kegunaan minyak petrol sis ke tempat kerja seminggu adalah seperti dibawah:


@5 hari X 35 = 175 kilometer ulang alik dari rumah ke tempat kerja
@5 hari X 10 = 50 kilometer untuk lunch

So total pergi balik kerja dan lunch hour 225 kilometer kos dalam RM 35 hingga RM40 seminggu. Jadi campur sis balik beli baranglah, singgah market atau menjongket makan RM50 adalah cukup cukup seminggu maka sis ambil satu jalan berjimat iaitu tidak menggunakan pendingin hawa untuk perjalanan pergi dan balik kerja. Dalam permerhatian sis terdapat pengurangan dari jumlah 35 kilometer sehari ke angka 29 kilometer kalau sis tak gunakan air con. So sis jimat sehari 6 kilometer minyak petrol makan seminggu cer kome darab 5 hari jimat 30 kilometer bersamaan sehari bekerja. Korang rasa jimat tak minyak maka betullah tip jimat minyak kat hot fm kata kalau tak guna pendingin hawa kita dapat jimat 20%  (peratus) minyak untuk satu jangkamasa. Jadi terhasillah tip jimat minyak sis cuma waktu lunch hour tak dapatlah sis tutup air con time matahari terik jadi tip untuk lunch hour adalah berkongsi kereta dengan opissmate dimana gilir-gilir bawa kereta memasing so selalu seminggu sis cuma bawa kereta dua kali sahaja waktu lunch hour. Muafakat bersama rakan sekerja. Bila ini semua berlaku minyak kereta sis dari seminggu boleh bertahan ke 10 hari. Tapi kalau kita memang perlu banyak memandu maka banyaklah kos minyaknya. 
Sis pesan taknyahlah kita nak tiru orang sangat, pergi balik cuma kita pandu seorang tak adalah panas mana bukalah tingkap sikit jangan besar sangat cukup sekadar angin masuk jangan luas sampai tangan orang boleh masuk sebab keselamatan diri adalah utama. Sis ulang utama. Kalau korang ada kawan kerja setempat lagi baik boleh share kereta dan juga minyak kereta. Taklah tertakluk kepada pengguna myvi tapi semua pengguna kenderaan. Motosikal dah memang jimat. Beruntunglah kita yang punya kereta dengan cermat.
Lain masa lain tip sis kaji dulu. Ini pemerhatian sis yang cuma guna myvi dan dengar hot fm. Minyak mahal sekarang RM2.20 seliter jadi marilah berjimat minyak, doakan sis murah rezeki dan semoga tip minyak minyak ini berguna buat korang yang suka saving dan berjimat cermat.

No comments:

Post a Comment