Monday, 23 July 2018

Tip simpan duit dalam tabung

Sis tak pandai tapi bolehlah menabung dalam tabung di beberapa tempat yang sis khaskan. Kalaupun sikit dan hasilnya tak banyak mana tapi ini hasil usaha korang sendiri agar poket tak kering dan perut tak lapar.



Tip simpan duit dalam laci office
Pertama sis sejenis yang simpan duit dalam laci office. Sis macam korang juga bekerja di office. Selain stok biskut, megi, gula-gula dan roti sis ada buat satu peruntukan tabung duit. Duit dalam tu tak banyak mana cukup untuk emergency terlupa bawa duit belanja, tertinggal wallet, tetiba kena donate dan seumpamanya. Sis sejenis pemalu nak pinjam duit orang rasa bersalah sangat, dengan cara macam ni poket sis tak kering dan perut sis tak lapar.

Tip simpan duit syiling yang bertabur kat rumah
Tip kedua hokey, ye rumah sis tak ramai orang tapi still kekadang sapu rumah terjumpa seposen, dua posen jadi sis sedia satu tabung kaca depan cermin if terjumpa duit syiling sis letak situ. Tak banyak pun tapi lepaslah kalau tetiba anak buah sis nak beli gula-gula.

Tip simpan duit syiling kepunyaan sendiri
Haha tip ketiga sis ni duit syiling sis sendiri, sis letak depan meja solek kalau ingat sis topup kalau tak statik. Nama pun sendiri punya, duit ni memang lepaslah kalau anak buah sis melalak nak beli ais krim, tetiba nak beli sir batu, bawang habis jadi tak payahlah nak guna duit dalam wallet. 

Tip simpan duit tabung kecemasan di rumah
Ok ini sis praktikkan tabung kecemasan. Ada duit seringgit dua ringgit sis masuk tabung untuk kecemasan sis juga. Tabung ni bersifat paksaan di mana kadar terpaksa mana pun tak boleh guna. Tapi tetap sis terpaksa guna juga. Lebih kepada terpaksa simpan sebenarnya. Korang pun kena terpaksa juga demi mass depan. 

Ok tak tip simpan duit sis, ada banyak sebenarnya cara kita praktik jimat dan menyimpan. Kena ada usaha lebih dan kurangkan hutang. Sis memang minta korang hadam bahawa orang tua sentiasa kita dahulukan, ansuran kereta jangan sekali tinggal dan bayarlah bil api. Kenapa sis tak sebut bil air hehe sebab bil air sis RM20 tak sampai tapi bil api jaranglah kurang dsri RM200. Nampak tak perbezaan ketara. Elaklan personal loan atau guna credit card. Takut korang tak boleh bajet duit gaji nanti. Tak apa pelan - pelan plan. Memang tak mudah tapi cubalah untuk memudahkan. Sis tak ada banyak tabung tapi tip tabung depan cermin dan meja solek ni makcik sis yang ajar dan makcik sis punya komited sampai boleh simpan dalam tin air gas tu okey. Sampai beribu-ribu punyalah bijaksana. Jangan pandang rendah kuasa duit syiling. Tip sis bolehlah korang guna pakai supaya tak kering hujung bulan dan sentiasa rasa ada duit kat tangan. Tryla korang cuma sis minat travel tu dok perabih duit jongket. Jimat cermat sebab simpan duit nak travel.
Ingatlah orang tua maka Allah swt permudahkan perjalanan hidup kita.



No comments:

Post a Comment