Alhamdulillah saya perhatikan komen-komen sahabat, ramai
yang semakin mahu berubah. Saya yakin zaman dahulu atau sekarang, Allah
sentiasa pemurah memberikan hidayahNya. Namun yang membezakan zaman dahulu dan
sekarang ialah zaman dahulu orang ‘tidak ada kekuatan’ untuk menerima hidayah.
Ya hidayah itu ada di mana-mana. Anda tengok pokok, lepas
itu pokok itu bergoyang. Bukankah satu keajaiban buat orang yang berfikir,
bahawa ada kuasa yang mampu menggerakkan sesuatu yang statik? Ya kuasa angin.
Dari mana datang angin?
Hidayah adalah untuk orang yang berfikir? Setuju?
Bila sampai suatu ketika dalam kehidupan kita ini, kita akan
bertemu dengan dilema. Tersepit antara pilihan-pilihan. Kita akan
menimbangkan-nimbangkan baik buruk setiap pilihan. Kita mengharapkan kita buat
pilihan yang tepat.
Tapi, berubah itu perit la..
Memanglah perit nak buang apa yang dah jadi kebiasaan kita.
Pengalaman saya sendiri baru-baru ini, kalau kita cabut satu gigi tanpa cucuk
ubat bius, mau sakit sampai demam-demam. Sebab? Gigi tu dah lama hidup dengan
kita, dah jadi sebahagian daripada diri kita.
Usahlah terlampau memaksa diri. Bukan semua gigi yang perlu
dibuang. Ada yang masih boleh diselamatkan dengan menampal, membuat crown,
membuat rawatan akar dan sebagainya. Yang sudah mereput itu kena buang. Yang
masih bagus itu, jaga dia sampai sihat, cantik dan berkilat-kilat.
Usahlah gopoh. Kita ini manusia biasa. Kita belajar daripada
kesilapan. Kesempurnaan itu bukanlah destinasi tapi perjalanan. Kalaulah
kesempurnaan itu destinasi, kita tak akan sampai kepadanya. Tapi kalau ia
adalah perjalanan, kita akan sampai kepada sejauh mana kita berjalan menujunya.
Banyakkan doa dan amal. Teruskan berubah dan berubah ke arah
kebaikan, jangan berhenti hanya kepada satu kebaikan sahaja
No comments:
Post a Comment